Tentang

Tentang Kami

Alwy Development Sdn. Bhd. (ADSB) adalah sebuah syarikat milik bumiputera yang ditubuhkan pada 15hb Mac 1982 di Kuala Terengganu yang menjalankan kegiatan perkilangan perabot.

Pada peringkat permulaan, ADSB hanya memiliki modal sebanyak RM 50,000.00 dengan 10 orang pekerja dan 8 buah mesin untuk menjalankan operasinya. Kini modal berbayar dan dibenarkan ADSB adalah sebanyak RM 1000,000.00 .

Wawasan Syarikat

Setelah lebih 20 tahun ADSB beroperasi, kini ADSB mempunyai lebih kurang 50 orang pekerja dengan 59 buah mesin & 14 orang kakitangan pengurusan. ADSB juga membuat pembekalan perabot bina dalam ke sekolah-sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi swasta dan badan-badan berkanun melalui sebutharga  atau tender yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mahupun syarikat-syarikat swasta.

Kini, ADSB telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015 daripada AJA EQS  Certificate (M) Sdn.Bhd. pada 15 disember 2016 demi menaikkan lagi potensi & kemampuan syarikat untuk bersama-sama menjayakan WAWASAN 2020.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *